Kerajaan tidak boleh ambil tindakan terhadap Abibullah

Iklan
Fuziah menyampaikan sumbanga kepada Anak Yatim Permata Insyirah.

KUANTAN - Tiada tindakan akan diambil terhadap Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Datuk Abibullah Samsudin susulan penyebaran video ucapan didakwa mempengaruhi kakitangan yayasan itu pada PRU14 lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, kerajaan tidak boleh mengambil tindakan terhadap Abibullah atau penjawat awam lain atas kesetiaan politik mereka sebelum PRU pada 9 Mei 2018.

Iklan
Iklan

"Ramai marah dan tanya kenapa masih simpan lagi Ketua Pengarah (Yapeim). Saya kata kerajaan akan ambil tindakan atas dasar prestasi kerja. Bukan dasar balas dendam politik.

"Orang marah dan suruh buang tapi pada saya kita berpegang prinsip keadilan. Kalau dia salah guna kuasa maka pekerja kena buat laporan. Jika dia tak langgar, kita tak boleh buat tindakan berpandukan sesuatu yang lepas," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu video terbabit pada sidang media program Iftar Ramadan bersama Jabatan Penerangan pahang di Kompleks Dagangan Mahkota di sini hari ini.

Dalam klip video itu, Abibullah memberi amaran kepada kakitangannya supaya tidak menyokong PH yang menggabungkan empat parti.

Iklan

Beliau juga akan memeriksa undian semua 1,401 staf selepas seorang hadirin memberitahu bahawa undi mereka adalah rahsia.

Fuziah berkata, sekiranya ada laporan polis buat pihaknya akan membiarkan pasukan keselamatan itu menjalankan tugas.

"Video itu kejadian sebelum pilihan raya. Jika ada laporan polis dibuat, maka biarlah tindakan itu dimbil oleh polis bukan kami (kementerian).

"Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri kita bertindak berdasarkan laporan audit," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, kakitangan kerajaan pada hari ini diingatkan untuk tidak menekan hak kakitangan bawahan.

"Anda tidak boleh lagi berbuat begitu sewaktu di bawah pemerintahan PH. Jangan secara terbuka menekan orang lain berkenaan hak peribadi dan hak untuk memilih mana mana parti.

"Dalam kerja kena profesional dan serve the gorverment of the day. Bukan parti tapi kerajaan pada hari ini. Kita kena pisahkan apa yang berlaku dalam kerajaan lepas dan kerajaan sekarang. Jika ada unsur ugutan ke atas pihak pekerja, pekerja perlu lapor," katanya.

Sementara itu, dalam program berkenaan, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 28 penghuni Rumah Anak Yatim Permata Insyirah.