Godaan rasuah turut babit parti, menteri PH: Mujahid

Iklan
Mujahid (tiga, kiri) menerima cek replika sumbangan YaPEIM untuk pelajar negeri Perak bernilai RM120,000 daripada Mohd Zamri (dua, kiri) dalam majlis iftar perdana Inspirasi YaPEIM negeri.

PARIT BUNTAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyokong kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan budaya rasuah sudah menular ke dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan perlu ditangani dengan segera sebelum ini.

Lebih mengejutkan, beliau mendedahkan godaan rasuah tidak terhad kepada mana-mana parti, namun turut terdedah kepada semua orang termasuk menteri kerajaan PH sendiri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, budaya rasuah bukan hanya melibatkan pemberian wang ringgit semata-mata, namun penyalahgunaan posisi sebagai menteri kerajaan turut menyumbang kepada budaya itu.

"Kita kenal pasti bidang kehakiman, penguatkuasaan, perolehan dan tender boleh terdedah dengan budaya rasuah. Selain itu, parti politik dan menteri kabinet kerana kita ada ruang untuk membuat keputusan yang menggunakan posisi politik sebagai pertimbangan.

Iklan

"Sebab itu kita mengingatkan semua pihak dari segi ikut prosedur (supaya tidak berlaku rasuah)," katanya pada majlis Iftar Perdana Inspirasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) Peringkat Perak di Dewan Kerian Permai di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kanan Pengurusan Dana Infaq dan Pembangunan Sosioekonomi YaPEIM, Mohd Zamri Zakaria.

Iklan

Majlis itu turut menyaksikan seramai 448 orang anak-anak yatim dan miskin Parlimen Parit Buntar diraikan dengan sumbangan RM100 setiap seorang atau melalui peruntukan berjumlah RM44,800 oleh YaPEIM.

Mujahid berkata, pihaknya juga mengadakan pertemuan dengan Anwar selepas solat tarawih di Masjid Ar-Ridzuan di sini selepas Ahli Parlimen Port Dickson itu mengadakan kunjungan ke Parlimen Parit Buntar malam ini.

"Aantara inti pati pertemuan itu pastinya membincangkan mengenai kaedah terbaik menangani budaya rasuah dalam kerajaan PH ketika ini," katanya.

Sementara itu, sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan kepada 14,000 anak-anak yatim dan fakir miskin di seluruh negara melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM tahun 2019.

Selain itu, YaPIEM turut menyumbangkan RM120,000 kepada 1,000 pelajar asnaf negeri Perak melalui program sama.