Dua unit kuarters guru hangus

Iklan
Kuarters binaan kayu itu hangus terbakar dalam kejadian kira-kira jam 3 petang di Taman Wangi.

GUA MUSANG - Dua kuarters guru di Taman Wangi di sini terbakar dalam kejadian petang tadi.

Difahamkan, kuarters berkembar terbabit tidak berpenghuni ketika kejadian kira-kira jam 3 petang itu kerana guru yang tinggal rumah terbabit bercuti.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata, unit berkenaan 90 peratus terbakar.

"Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Hasri Hussin bersama 11 anggota itu tamat pada jam 4.36 petang selepas api dapat dikawal pada jam 3.22 petang.

Iklan
Iklan

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.