Padah miliki motosikal curi

Iklan
mahkamah

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana memiliki motosikal curi.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Pui Seng ,45, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin, dan mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 5 Dis lepas.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pilihan, lelaki itu didakwa dengan curang memiliki sebuah motosikal milik Mokhtar Marji, 30, yang bernilai lebih kurang RM2,000 yang mana tertuduh tahu untuk mempercayai ia adalah harta curi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan OC 9 Batu Arang, Gombak, Selangor pada pukul 5.00 petang, 5 Dis lepas mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan denda.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, manakala Pui Seng yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia telah insaf. - Bernama