Tidak letak kredit busana, Pereka fesyen tegur Ayda Jebat

Iklan
seth-luna-(1)

DI SEBALIK keterujaan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menunggu masa untuk melancarkan single terbaharunya, Temberang, dia telah ditegur secara terbuka oleh pereka fesyen, Seth & Luna kerana menggunakan pakaian dari label mereka tanpa menyertakan kredit pada label berkenaan.

Pakaian tersebut digunakan Ayda pada poster sebagai teaser untuk mempromosikan single tersebut di laman Instagramnya.

Iklan
Iklan

Kecewa dengan sikap tidak menghargai yang ditunjukkan penyanyi itu, Seth & Luna tampil membuat teguran secara terbuka menerusi laman Instagram rasmi mereka.

"Kami difahamkan yang baju ini dipinjam untuk penggambaran sebuah poster movie yang bakal keluar. Namun sebentar tadi kami terlihat posting darioada seorang artis yang memuat naik gambar dengan memakai baju Seth & Luna tanpa kreditasi yang sepatutnya.

Iklan

"Lalu terlantas di fikiran kami, adakah kami yang tidak dianggap atau pun mereka yang jahil dalam menghargai kerja orang lain? Sejujurnya ini bukan kali pertama kami ‘berhadapan’ dengan situasi seperti ini, sudah beberapa kali kami berhadapan dengan artis yang memakai baju tanpa kreditasi di laman sosial.

"Apabila diminta penjelasan, kami diberi kata ‘posting awal memang tak tag’. Sejujurnya kami telah mempersiapkan busana buat ramai kalangan artis yang ada diantaranya dianggap legend, namun mereka masih merendah diri dan cukup menghargai hasil kerja terutamanya jenama yang masih bertapak di dalam industri, jadi ini bukan soal posting awal atau tidak, it’s about your courtesy, manners and intellectual level,” ujarnya.

Iklan

Dalam pada itu, pereka fesyen ini juga menegaskan teguran yang dibuat itu bukan bertujuan untuk mencari kontroversi murahan, sebaliknya hanya satu peringatan dan dapat dijadikan pengajaran bersama.

"Kami bukan berhujah untuk mencari kontroversi murahan, tetapi inilah realiti industri yang bersikap buli yang memandang hasil kerja orang lain sebagai enteng dan tidak bernilai.

"Semoga posting ini boleh dijadikan ikhtibar buat rakan pereka yang baru, ‘stylist’ dan ‘artist’ serta sesiapa sahaja yang mencari rezeki dengan menggunakan hubungan bersama orang lain untuk lebih menghargai, mengkreditasi dan dan meningkatkan kredibiliti diri sendiri untuk tidak menjadi individu yang membuli dan menjadi lanun mempergunakan titik peluh orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

"Dan ini bukan posting untuk menjatuhkan maruah sesiapa, ia lebih kepada peringatan buat semua. Biarlah menjadi orang yang menghargai orang, dan bukan hanya #temberang,” tegasnya.