Keluarga Diraja Johor berjiwa rakyat

Iklan
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ditemani Che' Puan Khaleeda Bustamam mengunjungi bazar ramadan Mersing. - Foto Facebook rasmi Tunku Mahkota Johor

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada peniaga bazar ramadan Taman Wawasan, Mersing, semalam.

Sumbangan itu dikurniakan baginda tuanku yang mengambil berat kesusahan dialami hampir 140 peniaga bazar ramadan tersebut, yang terjejas akibat hujan lebat dan angin kencang sejak jam 3 petang.

Iklan
Iklan

Memetik posting Facebook rasmi Sultan Johor hari ini, sumbangan tersebut disampaikan kepada setiap peniaga oleh Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd Rahman sebagai wakil rakyat Sultan Johor.

Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd Rahman sebagai wakil rakyat Sultan Johor menyampaikan kurniaan sumbangan kepada peniaga. - Foto Royal Press Office

Dimaklumkan, hujan lebat tersebut mengakibatkan tapak bazar ramadan terbabit dinaiki air sehingga paras lutut, namun keadaan pulih beberapa selepas itu dan peniaga kembali beroperasi seperti biasa.

Iklan

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang turut berada di Mersing berkesempatan meluangkan masa membeli juadah berbuka puasa.

Memetik posting Facebook rasmi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail berkesempatan beramah mesra bersama rakyat Johor di bazar ramadan Mersing yang dikunjunginya.

Iklan

Turut kelihatan, isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam berserta paduka putera dan puterinya.