Singgah mesra hargai penjawat awam

Iklan
Mohammed Firdaus (tujuh dari kiri) menyampaikan sumbangan makanan bersahur kepada wakil kaki tangan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Bahiyah.

ALOR SETAR - Penjawat awam yang terpaksa bersengkang mata menjalankan tanggungjawab bekerja syif malam, diraikan dalam program santai berkonsepkan ‘singgah mesra’ awal pagi tadi.

Program singgah sahur Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah bersama penjawat awam menyantuni tiga destinasi terpilih, iaitu Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kota Setar, Balai Bomba dan Penyelamat di Jalan Tun Razak serta Hospital Sultanah Bahiyah.

Iklan
Iklan

Ketuanya, Mohammed Firdaus Johari berkata, tahun ini AMK Kedah menganjurkan program singgah sahur membabitkan beberapa agensi kerajaan sekitar bandaraya Alor Setar.

"Sebanyak 12 buah kereta dengan penyertaan 30 ahli AMK Kedah berkonvoi ke tiga destinasi terpilih bagi mengagihkan 200 bungkus juadah untuk bersahur, bermula dari 3 hingga 5 pagi,” katanya.

Iklan

Menurutnya, program ini adalah untuk menghargai penjawat awam yang berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada negara, selain berpeluang mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

"Program santai sebegini dapat merapatkan hubungan silaturahim serta memupuk nilai-nilai murni. Kami harap program ini dapat diteruskan lagi pada masa depan,” katanya.

Iklan

Mohammed Firdaus berkata, penganjuran program ini juga dapat merapatkan ukhwah dan kerjasama antara masyarakat dan agensi kerajaan.