Rusuhan pusat hiburan: Datuk Seri serah diri

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang dikehendaki polis susulan insiden rusuhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, 3 Mei lalu telah hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, lelaki terbabit hadir kira-kira jam 3 petang dengan ditemani peguamnya.

Iklan
Iklan

"Lelaki tersebut kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas proses soal siasat selesai.

"Siasatan masih lagi dijalankan dan beberapa saksi serta suspek yang terlibat sedang dikesan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Iklan

Terdahulu, beberapa individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri menjadi buruan pihak polis selepas terlibat dalam satu satu kejadian rusuhan di sebuah pusat hiburan berkenaan hingga menyebabkan kerosakan serta kerugian bernilai kira-kira RM200,000.

Menurut Alzafny, selain Datuk Seri tersebut, seorang pengawal peribadi sambilan juga sudah menyerah diri.

Iklan

Katanya, manakala seorang lagi lelaki yang turut tersenarai dalam buruan polis bagi kes itu kini berada di luar negara dan dijangka akan menyerah diri sebaik pulang ke tanah air dalam minggu ini.

"Setakat ini seramai 15 orang telah ditahan berhubung kes tersebut," katanya.