Turki, Rusia bangunkan S-500

Iklan
Sistem pertahanan peluru berpandu S-400 bakal dihantar ke Turki menjelang Julai ini.

ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, negaranya bercadang menjalinkan kerjasama dengan Rusia untuk menghasilkan sistem pertahanan S-500.

Turki sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila membeli peluru berpandu antipesawat S-400 buatan Rusia.

Iklan
Iklan

Tindakan Turki membeli S-400 membangkitkan ketegangan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) yang berulang kali memberi amaran kepada Ankara mengenai risiko termasuk sekatan akibat pembelian itu.

"Tiada persoalan yang timbul mengenai penarikan (Turki) daripada pembelian S-400. Perjanjian itu sudah dibuat.

Iklan

"Akan ada pengeluaran bersama S-500 selepas S-400,” kata Erdogan.

Pada 2017 Turki dan Rusia menandatangani perjanjian pembekalan S-400.

Iklan

Perjanjian S-400 itu dilaporkan bernilai kira-kira AS$2.5 bilion (RM10.15 bilion), mencetuskan kebimbangan di Barat kerana Turki adalah anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sistem itu tidak boleh disepadukan dalam persekitaran NATO.

Ia adalah tindakan terbaharu Ankara meningkatkan keupayaan pertahanan ketika berdepan ancaman militan Kurdish dan Daesh serta konflik di sempadan Syria dan Iraq. - AFP