Pilihan raya mengejut PRU15 mungkin tidak berlaku: Annuar Musa

Iklan
Annuar beramah mesra bersama pemimpin UMNO yang lain ketika menunggu majlis berbuka puasa di kediamannya di Kuala Lumpur hari ini. -Foto Sinar Harian Sharifuddin Abdul Rahim

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, perkara itu tidak akan terjadi kerana Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak mungkin akan membubarkan Parlimen dalam masa terdekat, berdasarkan situasi semasa.

Iklan
Iklan

"PRU15 mengejut? itu satu telahan, mungkin Ku Li ada sebab tersendiri tapi pada saya itu tidak mungkin berlaku kerana PH tidak akan membubarkan Parlimen kecuali terpaksa.

"Lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana sokongan pada mereka berada pada tahap tidak baik, tentu mereka tidak semena-mena adakan PRU tetapi apa yang dimaksudkan Ku Li ialah kerajaan berada dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya jika berlaku pergeseran dalam PH," katanya kepada media ketika ditemui di majlis berbuka puasa di kediamannya di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa terdapat kemungkinan PRU15 akan berlaku secara mengejut atau diadakan lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kemungkinan PRU15 berlaku secara mengejut

Iklan

Tambah Annuar, dalam keadaan sekarang PH dilihat tidak mungkin akan mengambil risiko.

"Meskipun orang kata legitimasinya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam proses pengambilalihan mandat perlu mandat sendiri, kerana PRU lalu bukan mandat Anwar tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai fasa kerjasama UMNO-Pas, Annuar berkata kerjasama itu kini memasuki fasa baharu.

"Untuk makluman jawatankuasa teknikal sudah siapkan kerangka kerjasama yang cukup komprehensif, di mana kita telah rangka piagam dengan menerusi satu kertas persefahaman.

"Di dalam kertas itu kita sentuh soal calon, kaedah hadapi pilihan raya dan setakat perundingan jawatankuasa teknikal kita tiada masalah langsung," katanya.

Dalam pada itu katanya, kerjasama itu kini akan diperluaskan lagi.

"Kerjasama UMNO-Pas baru permulaan kita tak boleh lihat UMNO dan Pas untuk hadapi PH kita perlu satu gabungan yang lebih besar melibatkan banyak lagi pihak, jadi kerjasama kita ini hanya permulaan jadi jika permulaan cakap soal kerusi tidak kena pada masanya," katanya.