Pakatan PM Australia mendahului keputusan pilihan raya

Iklan
Scott Morrison

CANBERRA - Perdana Menteri Australia, Scott Morrison semakin hampir untuk membentuk kerajaan majoriti, sekali gus memperoleh kemenangan mengejutkan dalam Pilihan Raya Umum yang berlangsung semalam.

Berdasarkan kiraan 76 peratus undi, pakatan konservatif pimpinan beliau menentang ramalan banyak pihak dengan mendahului 75 kerusi berbanding pihak pembangkang, Parti Buruh yang meraih 67 kerusi.

Iklan
Iklan

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Australia, sebanyak 76 kerusi lagi diperlukan untuk majoriti.

"Saya sering percaya dengan keajaiban," kata Morrison kepada para penyokongnya semalam.

Iklan

Sebelum ini, Parti Buruh diramalkan untuk memenangi pilihan raya tersebut buat pertama kali dalam tempoh enam tahun.

Susulan keputusan itu, pemimpinnya, Bill Shorten telah meletak jawatan.

Iklan

"Jelas sekali Parti Buruh tidak boleh membentuk kerajaan," katanya dengan nada kesal dan turut memaklumkan tidak akan bertanding semula sebagai pemimpin parti terbabit.

Difahamkan, jika pakatan konservatif tersebut gagal untuk memperoleh majoriti, ia memerlukan bantuan ahli parlimen bebas untuk mentadbir. - Agensi