Hanya pelajar universiti sesuai terima subjek kenali agama lain

Iklan
Nik Omar Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU - Pelajar universiti adalah golongan yang paling sesuai untuk memahami subjek khusus untuk mengenali agama lain selain Islam, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, cadangan untuk melaksanakan subjek itu di sekolah tidak sesuai berpandukan sejauh mana penerimaan dan pemahaman yang boleh diterjemahkan oleh pelajar di sekolah itu sendiri.

Iklan
Iklan

"Asasnya sebagai satu cadangan kita boleh terima secara umum tapi dari segi pelaksanaan kita perlu bincang, semua sudut kena bincang, sama ada individu, organisasi.

"Kita tidaklah menyatakan setiap agama sama, sebaliknya kita tetap kena yakin bahawa agama yang benar adalah Islam yang diturunkan daripada Allah SWT. Namun pada masa sama kita menghormati pilihan agama dan bangsa lain.

Iklan

"Dari segi dakwah, kita mesti kira nisbah pelajar-pelajar muslim. masalah pendedahan agama lain sebagai satu cara untuk kehidupan harmoni dalam negara majmuk, itu sesuai di peringkat universiti atau menengah, selepas pelajar Islam faham tentang Islam, kalau peringkat sekolah tidak sesuailah," katanya kepada pemberita di Program Makan Colek dan Sembang Santai Sinar Ramadan, di sini semalam.

Beliau diminta mengulas cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang memperkenalkan satu mata pelajaran khusus bagi mengenali agama lain selain Islam di peringkat sekolah dan universiti.

Iklan