Alif perlukan RM30, 000 jalani pembedahan jantung berlubang

Iklan
Alif ditahan di wad kali kedua April lalu selepas diserang jangkitan virus.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan memerlukan RM30,000 untuk menjalani pembedahan jantung berlubang dijangka Julai ini.

Ibunya, Liza Martini Tahir, 40 berkata, anaknya, Muhammad Alif Luthfi Noraznan menderita penyakit itu sejak usianya 26 hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, doktor mengesyorkan pembedahan segera dilakukan ke atas anaknya susulan dua kali paru-parunya dijangkiti kuman.

"Kalau boleh pembedahan dilakukan sebelum raya tapi disebabkan masalah dana belum cukup kami minta ditangguhkan sehingga Julai.

Iklan

"Saya harap ada pihak yang tampil membantu atau mungkin pembedahan Julai ini terpaksa ditangguhkan jika kos pembedahan masih tak cukup," katanya yang bekerja di sebuah syarikat pelancongan di Bangsar.

Katanya, anaknya dikesan menghidap penyakit itu sewaktu menerima rawatan di Hospital Segamat selama 18 hari selepas anaknya selesema dan batuk serta tidak mahu menyusu.

Iklan

"Tangan, kaki dan mukanya turut kebiruan disebabkan jangkitan pada bahagian paru-paru. Selepas doktor masukkan darah, keadaannya jadi baik.

"Masa tu doktor sarankan saya ke hospital pakar jantung untuk rawatan susulan. Cuma baru-baru ini doktor sarankan jantung dibedah selepas sekali lagi terkena jangkitan virus sehingga ditahan di Hospital Ampang," katanya.

Alif di samping ibu bapanya.

Katanya, dia berharap orang ramai mendoakan urusan mengumpul dana dimudahkan dan pembedahan anaknya dilakukan mengikut jadual serta selamat menjalani pembedahan.

"Alif adalah anak pertama saya selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Dia dilahirkan sihat dan tak ada masalah masa dalam kandungan.

"Cuma mungkin sebab pengudaraan atau ramai yang datang ziarah masa baru lahir menyebabkannya terdedah kepada jangkitan.

"Apa yang saya harapkan dia sihat seperti sedia kala selepas menjalani pembedahan dengan tidak lagi perlu bergantung kepada ubat-ubatan dan membesar seperti kanak-kanak normal yang lain," katanya.

Dana pembedahan Alif boleh disumbangkan melalui akaun bank Standard Chartered 897194808775 atau Maybank 1-626-740-96959 di bawah nama Liza Martini Tahir.