Cabul: Mahkamah Tinggi tolak rayuan bomoh

Iklan
Hukuman penjara tiga tahun terhadap Abdullah dikekalkan kerana mencabul pesakitnya tiga tahun lalu.

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menolak rayuan seorang bomoh terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas kesalahan mencabul seorang wanita tiga tahun lalu.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Wahab Mohamed mengekalkan hukuman penjara tiga tahun bagi kesalahan itu terhadap Abdullah Muda, 62, dari Marang berkuat kuasa pada tarikh sabitan iaitu pada 7 Oktober 2018.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Abdullah disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul mangsa yang juga pesakitnya.

Dia didakwa mencabul mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang pada 30 Oktober 2016 ketika mangsa mendapatkan rawatan mengeluarkan gangguan makhluk halus di sebuah kedai milik mangsa di Chabang Tiga di sini.

Iklan

Abdullah didakwa mengambil kesempatan mencabul mangsa ketika memandikan mangsa menggunakan daun bidara sebagai susulan rawatan yang dibuat sebelum ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh diwakili peguam bela Mazlan Mat Zin.

Iklan