PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan majlis berbuka puasa bersama menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri serta duta asing ke Malaysia di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini, malam ini.
Majlis yang dihadiri kira-kira 160 orang tetamu itu turut disertai isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pegawai kanan kerajaan, wakil syarikat berkaitan kerajaan dan wakil organisasi media.
Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bergambar bersama para perwakilan asing pada majlis berbuka puasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan anggota kabinet, menteri besar dan ketua menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana malam ini.- Foto Bernama