Lelaki Singapura ditemui mati dalam kereta

Iklan
Paparan video yang tular di media sosial.

SEPANG - Seorang lelaki warga Singapura, ditemui mati dalam keretanya di sebuah stesen minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 5 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, lelaki itu berusia 62 tahun ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu oleh orang awam.

Iklan
Iklan

"Pasukan perubatan yang tiba dilokasi mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian. Zulkifli berkata, mayat dihantar ke Hospital Serdang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan masalah jantung.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Iklan
Iklan

Terdahulu, sebuah video berdurasi 1 minit 23 saat memaparkan anggota polis sedang mengeluarkan warga emas itu dari keretanya menjadi tular di media sosial.