KOTA KINABALU - Dua kontraktor Telekom mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika membuat pemasangan menara pencawang Telekom di Jalan Kuala Abai, Kampung Kuala Abai, Kota Belud, petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, mangsa Miandi Ungkaris, 40, dan rakan sekerjanya Selverinus Dami, 28, dilaporkan terjatuh dari menara pencawang Telekom dan tersangkut di ketinggian 30.48 meter dalam kejadian kira-kira 4.30 petang.