Memorandum desak Rosol letak jawatan

Iklan
Tengku Haphiz (barisan depan, empat dari kanan) bersama sebahagian kepimpinan Pemuda Umno mendesak Rosol meletak jawatan ebagai Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU - Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu petang tadi menyerahkan memorandum kepada Umno Bahagian Hulu Terengganu bagi mendesak Datuk Rosol Wahid meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Hulu Terengganu serta-merta.

Memorandum itu diserahkan Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putera kepada Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat dalam satu perjumpaan khas Umno Bahagian Hulu Terengganu bersama pemimpin akar umbi, di Kuala Berang.

Menurut Tengku Haphiz pilihan raya kecil perlu diadakan supaya mandat baharu dapat ditentukan semula oleh rakyat di Parlimen Hulu Terengganu.

Tengku Haphiz (kiri) sewaktu perjumpaan khas Umno Bahagian Hulu Terengganu bersama pemimpin akar umbi, di Kuala Berang, menyerahkan memorandum yang salah satu daripada kandungannya mendesak Rosol meletak jawatan kepada Rozi.

Iklan
Iklan

"Beliau (Rosol) telah melanggar mandat rakyat Hulu Terengganu pada PRU14 yang lalu iaitu kemenangan diberikan atas kepercayaan kepada BN dengan kemudi utama oleh parti Umno Hulu Terengganu.

"Kami cadangkan agar pucuk pimpinan parti segera selesaikan kemelut pelantikan Pengerusi Umno Terengganu bagi mengemudi Umno di negeri ini ke arah lebih jelas sebagai pembangkang yang efisyen dan progresif untuk hadapi PRU15," katanya.

Iklan

[ ARTIKEL BERKAITAN: Undur diri demi kelangsungan Umno ]

Pada 14 Disember lalu Rosol yang merupakan bekas Setiausaha Umno Terengganu mengumumkan keluar Umno berkuatkuasa pada hari berkenaan.

Iklan