Gara-gara kena peras ugut, remaja bunuh diri

Iklan
Gambar Hiasan

ISLAMABAD - Seorang remaja di Pakistan membunuh diri dengan meminum racun kerana menjadi mangsa peras ugut di media sosial.

Surat yang ditemukan keluarganya mendapati dia menerima ugutan seorang lelaki dan rakan-rakannya berhubung gambar mangsa yang telah disunting.

Iklan
Iklan

Mereka turut menerima bayaran 50,000 rupee (RM1,423) daripada mangsa yang tinggal di daerah Badin, wilayah Sindh.

Menurut polis, mereka kini sedang memburu kesemua suspek.

Iklan

Geo TV melaporkan suspek telah menghantar gambar yang telah disunting kepada tunang remaja itu hingga menyebabkan pertunangan mereka putus.

Menurut data Yayasan Hak Digital (DRF) pada Mei 2017, 40 peratus wanita di Pakistan berdepan pelbagai bentuk gangguan di internet.

Iklan

Islamabad telah menyaksikan lonjakan dalam penggunaan media sosial dengan lebih 40 juta pengguna Facebook ketika ini. - Agensi