Geng Skoloh Dreba santuni anak yatim

Iklan
Geng Skoloh Dreba bergambar kenangan bersama anak-anak yatim Darul Huffaz.

BACHOK - Seramai 100 guru memandu daripada Geng Skoloh Dreba bekerjasama menceriakan anak-anak yatim sempena Ramadan.

Pengerusi Geng Skoloh Dreba, Wan Azley Wan Muhamed berkata, dana dikumpulkan ahli untuk disampaikan kepada 30 anak yatim.

Iklan
Iklan

Katanya, program amal kali ini juga memberi peluang kepada ahli berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

"Kami mengunjungi rumah kebajikan anak yatim ini sejak tengah hari lagi, kami bekerjasama memasak hidangan berbuka sebelum berbuka bersama.

Iklan

"Sedikit sumbangan diserahkan kepada anak yatim dan menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan pengasas rumah anak yatim ini, Nazry Mohd.Nor," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Geng Skoloh Dreba di Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa (Darul Huffaz) di Perupok, semalam.

Iklan

Wan Azley yang juga Timbalan Presiden Persatuan Permotoran Negeri Kelantan (PPNK) berkata, beliau berterima kasih kepada Kru Amal PPNK yang banyak membantu melancarkan program tersebut.

Tambahnya, Geng Skoloh Dreba dan PPNK akan terus berkerjasama dalam program amal seterusnya.