Jenayah pendatang tanpa izin

Iklan
Gambar hiasan

PENDATANG asing dan jenayah ialah dua isu yang saling berkait dan menjadi permasalahan sejak sekian lama di Malaysia.

Biarpun bukan majoriti pendatang asing terbabit dengan perlakuan jenayah, namun keterlibatan segelintir daripada mereka dalam gejala itu semakin membimbangkan.

Iklan
Iklan

Jenayah samun, rompakan, sindiket penipuan, pemalsuan dokumen dan black money adalah antara kesalahan yang sering direkodkan.

Terbaharu, minggu lalu kita digemparkan dengan berita pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin di kondominiumnya di Cyberjaya yang dikaitkan dengan lelaki warga Nigeria.

Iklan

Kisah tragis itu adalah satu lagi daripada beratus-ratus kes jenayah yang membabitkan warga Afrika yang semakin membarah.

Kebanyakan Awang Hitam ini menggunakan pas lawatan sosial dan juga pas pelajar sebagai ‘tiket’ untuk masuk ke negara kita.

Iklan

Tapi selepas itu mereka mula menjalankan pelbagai kegiatan lain seperti berniaga secara haram, membentuk kumpulan penipuan dan bermacam lagi kegiatan jenayah lain.

Kawasan Ampang, Gombak, Cheras dan Petaling Jaya cukup dikenali sebagai tempat warga Afrika ini berkampung dan lebih mengejutkan ada sesetengah tempat itu mendapat gelaran Little Africa.Arahan terbaharu Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan pemantauan ke atas penempatan warga Afrika menunjukkan pihak berkuasa semakin serius mahu menangani isu jenayah membabitkan pendatang asing itu.

Beliau berkata, pelaku jenayah warga asing itu majoritinya datang ke Malaysia memang dengan niat hendak melakukan jenayah.

"Seperti warga Afrika, mereka umpan dan perdaya mangsa. Kemudian mereka datang ke Malaysia dengan niat menipu mangsa. Saya tidak merujuk kepada kes Siti Kharina. Tetapi berdasarkan kes-kes sebelum ini, kebanyakannya memang begitu senarionya,” kata beliau.

Komitmen yang ditunjukkan oleh PDRM itu memberi isyarat jelas bahawa pihak berkuasa tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pendatang asing yang berniat menjadikan negara ini sebagai lubuk jenayah mereka.