KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan enam kereta lain di Jalan Istana menghala ke Sungai Besi, di sini, malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 8.47 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mazuri Mat Zain dikerahkan ke lokasi kejadian.