KUALA KRAI - Perantau yang pulang ke kampung menjelang Aidilfitri ini akan menikmati trak tunda secara percuma selama dua hari dari Kuala Krai ke Kota Bharu.
Mohd Zafran Yaso'a, 38, yang menjalankan perniagaan di Sungai Durian menyediakan perkhidmatan tersebut untuk tahun kedua berturut-turut.
Iklan
Iklan
Menerusi laman sosialnya, Mohd Zafran memaklumkan perkhidmatan tersebut disediakan pada 3 dan 4 Jun ini untuk melancarkan perjalanan perantau pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tahun lalu dia menyediakan perkhidmatan serupa menjelang hari raya dengan mengupah empat pemandu bertugas empat shif mengggunakan wang sendiri untuk minyak trak tundanya.
Sejak semalam, status yang dimuat naik Mohd Zafran pada 13 Jun tahun lalu kembali dikongsi pengguna laman sosial Facebook.