Dadah: Sindiket tawar gaji lumayan

Iklan
Gambar hiasan

SUBANG JAYA - Tawaran kerja dengan gaji tinggi melalui media sosial, namun sebaliknya menjadi kaldai bagi sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah tanpa disedari mangsa.

Itu antara kegiatan yang dikesan polis akhir-akhir ini mengenai kewujudan iklan-iklan yang berselindung di sebalik kerja pelancongan palsu sejak akhir-akhir ini.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Kamarulzaman Mamat berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kegiatan mereka ini.

"Selalunya mereka akan mewarkan melalui laman sosial Facebook, akan tawarkan kerja dengan gaji yang lumayan, kemudian akan perdayakan mangsa.

Iklan

"Orang ramai yang menerima mana-mana tawaran kerja dari mana-mana pihak disarankan untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan tawaran yang diterima itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di IPD Subang Jaya.

Iklan

Dalam pada itu, Kamarulzaman turut sama mengumumkan kejayaan polis dalam rampasan dan tangkapan melibatkan dadah.

Menurutnya jumlah keseluruhan tangkapan adalah 72,891 orang.

"Seramai 11,061 ditahan dalam soal bekalan, manakala 27 488 ditahan akibat memiliki dan 34,342 ditahan akibat ujian dijalankan positif dadah.

"Tangkapan melibatkan warga tempatan melibatkan seramai 67,887 orang, manakala tangkapan warga asing seramak 5,004 orang," katanya.

Jelasnya setakat ini rampasan dadah jenis syabu mencatatkan rampasan tertinggi sebanyak 3,549kg.

"Dadah lain seperti ketamin sebanyak 121.10kg, pil eramin 5 sebanyak 22.30kg, pil yaba sebanyak 41.32kg dan pil ekstasi sebanyak 24.20kg.

"Dadah tradisional terdiri daripada ganja seberat 320.21kg manakala heroin sebanyak 334.08kg, nilai keseluruhan rampasan dadah sebanyak RM204.77 juta," katanya.