Jauhkan diri daripada bermain mercun

Iklan
Hukum mercun adalah haram dan wajib dijauhi oleh umat Islam. -GAMBAR HIASAN.

BERMAIN mercun seolah menjadi kemestian tatkala hampir musim perayaan.

Meskipun diharamkan oleh kerajaan, namun, masih ada yang enggan mengambil pusing soal itu.

Iklan
Iklan

Bagaimana pula pandangan dari sudut agama terhadap mercun?

Sebelum menjawab persoalan itu, perlu difahami bahawa Islam secara prinsipnya membenarkan umatnya untuk berhibur tetapi dalam batasan yang meraikan maslahat dan menjarakkan 'mafsadah'.

Iklan

Berdasarkan kepada banyak nas, hukum mercun adalah haram dan wajib dijauhi oleh umat Islam.

Lebih-lebih lagi yang bersifat membahayakan.

Iklan

Firman ALLAH SWT:"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan." (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:"Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh membuat kemudaratan." (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Sebenarnya ada banyak kemudaratan bermain mercun antaranya berlaku banyak pembaziran, mengganggu jiran tetangga, menyusahkan orang ramai dan pencemaran bunyi.

Malah kerajaan juga mengharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan dalam kalangan kanak-kanak ketika musim perayaan.

Sudah sampai masanya semua pihak berganding bahu dan mengukuhkan kerjasama yang erat untuk membasmi budaya mercun.

Sepatutnya, isilah malam-malam Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan acara ibadah dan ketaatan kepada Ilahi.

Islam mengajar kita saling nasihat menasihati.

Sama-samalah kita ambil iktibar dan membendung budaya yang tidak sihat ini.

(Sumber: Bayan Linnas, Mercun: Budaya Bahaya, Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)