Pengakap Kelana A anjur program kebajikan

Iklan
Pasukan Pengakap Kelana A Padang Terap merakam kenangan bersama penerima selepas majlis berbuka puasa.

PENDANG - Buat pertama kalinya pada tahun ini, Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Padang Terap menganjurkan majlis iftar dan pemberian sumbangan keperluan asas kepada golongan asnaf dan fakir miskin.

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Mohd Aswadi Muhamad berkata, program yang dikenali Majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Duit Raya 2019 itu dilancarkan dengan memberi manfaat kepada 150 penerima.

Iklan
Iklan

Katanya, program itu juga turut mendapat kerjasama daripada pelbagai syarikat swasta dan persendirian.

"Kita menyumbangkan wang dan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan biskut kepada anak-anak yatim di sekitar daerah ini," katanya.

Iklan
Iklan

Mohd Aswadi berkata, program seperti ini akan dilakukan setiap tahun bagi mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah terutama pada bulan mulia ini.