Bapa tiga anak rogol anak saudara

Iklan
Tertuduh dihukum penjara 26 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana merogol anak saudaranya berusia 19 tahun.

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada tiga anak dihukum 26 tahun penjara dan dikenakan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana merogol anak saudaranya, Mei lalu.

Keputusan dibuat terhadap tertuduh, 45, dari Besut selepas mengaku salah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Besut, kira-kira jam 8.30 pagi, pada 14 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama di lokasi sama kira-kira jam 10 pagi, pada 12 Mac lalu.

Iklan

Bagi kesalahan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan lima sebatan bagi setiap pertuduhan.

Hakim, Wan Azimah Yaacob memerintahkan hukuman penjara berjalan berasingan bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 14 Mei lalu.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada 14 Mei lalu, kira-kira jam 8.30 pagi, semasa mangsa berada di rumahnya, suspek bertindak masuk ke dalam bilik tidur mangsa dan merogolnya.

Sebelum itu, pada 12 Mac lalu, kira-kira jam 10 pagi, suspek pernah melakukan perbuatan sama terhadap mangsa.

Susulan laporan polis dibuat mangsa, suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 10.30 malam, pada 14 Mei lalu.