Alat sulit tersekat dalam lubang paip

Iklan
Besi paip yang berjaya dipotong dan dikeluarkan dari alat sulit mangsa.

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

"Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Iklan
Besi paip yang berjaya dipotong dan dikeluarkan dari alat sulit mangsa.

"Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

Iklan

"Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk kerja mengeluarkan paip besi yang telah dipotong tadi.

"Kes berjaya diselesaikan dengan kepakaran pihak hospital dan mangsa dilaporkan stabil.

"Namun, kejadian itu menyebabkan alat sulit mangsa bengkak serta luka kecil,” katanya.