Tiga kereta terperangkap dalam banjir di KL

Iklan
Keadaan kereta yang terperangkap dalam banjir di Jalan Tun Razak.

KUALA LUMPUR - Dua kawasan di ibu negara dilanda banjir ekoran hujan lebat selama dua jam hari ini.

Kejadian itu turut menyebabkan tiga kereta yang diparkir di kawasan letak kereta Menara PJD, Jalan Tun Razak terperangkap.

Iklan
Iklan

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan banjir kilat itu sekitar 6 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dikerah ke Jalan Tun Razak bagi meninjau keadaan.

Katanya, satu lagi kawasan dinaiki air adalah di Kampung Kovil Hilir dan sepasukan anggota bomba dari BBP Titiwangsa dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan pada 6.15 petang.

Iklan

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan di dua-dua kawasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan banjir kilat berkenaan surut sekitar 7 malam dan Anggota bomba ditempatkan di lokasi untuk memantau bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Iklan

Sementara itu, beberapa kawasan juga terlibat dengan kejadian pokok tumbang.

Antaranya sekitar kawasan Batu Muda,Taman Bullion Mewah dan Taman Koperasi Polis Fasa 2.