Cikgu Zizan bangga anak murid kini Menteri Besar Perak

Iklan
Azizan berbual bersama Ahmad Faizal sebelum sidang media, baru-baru ini.

IPOH - Tiada apa yang lebih membanggakan seorang guru apabila melihat kejayaan anak murid atau pelajar yang pernah dibimbingnya di sekolah suatu ketika dahulu.

Tanyalah kepada mana-mana guru di dunia ini sekali pun, pasti jawapan itulah yang akan diberikan mereka, malah ada yang mengalirkan air mata kegembiraan apabila mengetahui kejayaan yang dikecapi bekas anak murid masing-masing.

Iklan
Iklan

Walau senakal mana pun anak murid berkenaan ketika di bangku sekolah, kejayaan yang dikecapi mereka pada hari ini sudah cukup untuk membuatkan seorang guru tersenyum bangga.

Selain perasaan bangga, senyuman yang terukir itu secara keseluruhannya turut menggambarkan kepuasan tidak terhingga buat seorang guru kerana segala jerih payahnya bagi mendidik anak muridnya selama ini sudah pun terbalas.

Iklan

Mungkin itulah perasaan yang dirasai oleh pesara guru, Azizan Hashim, 64 apabila mengenangkan kejayaan beberapa bekas anak muridnya yang telah berjaya pada hari ini.

Menurut Azizan, antara anak muridnya yang cukup berjaya ketika ini adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Iklan

"Beliau (Ahmad Faizal), adalah antara anak murid saya yang cukup berjaya hari ini. Saya pernah mengajar beliau ketika bertugas di SM Anderson.

"Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka, bekas anak murid saya itu kini memegang jawatan selaku seorang Menteri Besar.

"Namun, memang saya gembira dan cukup berbangga dengan kejayaan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Azizan, Ahmad Faizal ketika bersekolah dahulu adalah seorang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai sentiasa happy go lucky dan gemar melawak.

Bagaimanapun katanya, Ahmad Faizal juga seorang pelajar yang nakal tetapi kenakalannya itu hanyalah biasa-biasa sahaja dan tidaklah terlalu melampau.

"Seingat saya, beliau bukanlah seorang pelajar yang nakal pun. Tapi biasalah budak sekolah mana yang tak nakal, kan?

"Cuma saya tengok Ahmad Faizal seorang pelajar yang biasa-biasa sahaja atau orang cakap sederhana baik daripada segi akademik mahu pun kurikulum,” katanya.

Menurut Azizan, Ahmad Faizal juga tidak biasa atau jarang menemui guru-guru yang mengajarnya ketika bersekolah menyebabkan ramai yang tidak mengenalinya.

Namun katanya, pasti ramai guru yang kini mengenali Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.

"Masa sekolah dulu, beliau pun tak biasa berjumpa dengan guru-guru yang mengajarnya, tetapi kini rasanya ramai guru yang mengenali Ahmad Faizal.

"Alhamdulillah, beliau masih mengenali saya dan sempena satu majlis beliau sempat mengucapkan terima kasih kerana mengajarnya selama ini.

"Ketika memberikan hadiah kepada saya pada majlis berkenaan, dia (Ahmad Faizal) meminta saya untuk mengulang semula insiden ‘tarik telinga,’ dab"tarik sideburn”di atas pentas!” katanya.

Mengimbas pembabitannya dalam bidang perguruan, Azizan berkata, setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma (Diploma Perguruan) dari Maktab Perguruan GAYA Kota Kinabalu dia mula mengajar di SM St Michael, Sandakan.

Azizan berbual dengan ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic.

Azizan berkata, dia kemudiannya berpindah ke SM Rendah Batu Gajah dan kemudiannya di SM Aderson pada 1983.

"Pada 1984, saya mula menulis khususnya berita sukan dengan Berita Harian dan tanpa disangka saya telah menulis selama 34 tahun dengan Berita Harian.

"Kini setelah bersara, saya masih lagi menulis berita-berita sukan tetapi kali ini dengan Stadium Astro pula,” katanya.

Sementara itu Azizan berharap agar semua pelajar yang bergiat aktif dalam bidang sukan agar sentiasa berdisiplin dalam membahagikan masa untuk belajar dan bersukan.

Kedua-dua bidang berkenaan perlu seimbang kerana ia adalah petunjuk sebenar mengenai kecemerlangan atau pun kejayaan seseorang.

"Bidang sukan dan akademik perlu seiring. Sebagai seorang atlet, seseorang itu perlu memiliki disiplin yang tinggi manakala sebagai seorang pelajar, dia juga perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.

"Jangan sesekali mengambil mudah perkara ini. Selain itu, dia juga perlu menghormati guru walaupun setelah menamatkan persekolahan kelak,” katanya.