Putus cinta jadi punca

Iklan
Laporan Sinar Harian 8 Mei lalu.

MERSING - Putus cinta dipercayai punca seorang lelaki warga asing yang membuat rakaman sebelum bertindak menggantung dirinya dalam kejadian di sebuah asrama pekerja kilang di Endau 6 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, menerusi rakaman video berdurasi sembilan minit 44 saat yang dirakam dipercayai dilakukan oleh mangsa sendiri.

Iklan
Iklan

"Mangsa dipercayai gantung diri akibat masalah dalam hubungan cinta. Namun, siapa pasangannya itu tidak diketahui.

"Bagaimanapun, mayat mangsa sudah dituntut waris pada 9 Mei lalu dan sampai ke negara asalnya di Inarwa 19, Birgand, Parsa, Nepal pada 11 Mei lalu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing, semalam.

Iklan

Cyril berkata, hasil siasatan yang dijalankan, mangsa tidak pernah melakukan cubaan bunuh diri sebelum ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki warga Nepal iaitu pekerja kilang berusia 20 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung di dapur asrama pekerja kilang kira-kira jam 4.42 petang.

Iklan

Ekoran itu laporan polis dibuat atas penemuan mayat lelaki itu di mana pemeriksaan awal pada tubuhnya tidak menemui tanda perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.