UniMAP sumbang tenaga solar berteknologi tinggi

Iklan
Syed Faizuddin melihat lampu yang dijana melalui sistem solar di masjid berkenaan ketika lawatan pada Ex Perbah.

SEMPORNA - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE) melaksanakan program Tanggungjawab Sosial di Kampung Engang - Engang, Melanu, Pulau Bum-Bum di sini dengan membawa teknologi solar untuk kegunaan masyarakat setempat.

Naib Canselor UniMAP, Profesor Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata, inisiatif berkenaan berpaksikan Lonjakan 7 dan Lonjakan 8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025.

Iklan
Iklan

"Kemudahan di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail ini memberi faedah kepada lebih 300 ahli masyarakat setempat dan usaha ini bertepatan dengan seruan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang ingin mengembalikan fungsi universiti sebagai pakar rujukan komuniti dan masyarakat.

"Malah ia juga selaras dengan visi universiti Untuk Masyarakat yang dibawa Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melihat lebih banyak inovasi dan kepakaran dari universiti awam dan swasta untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Iklan

Menurutnya, pemasangan lampu solar berkenaan mendapat bantuan masyarakat setempat selain dibantu tenaga kerja dari pihak angkatan tentera Kem Rejimen 504 Askar Wataniah.

"Melalui sistem ini lampu di kawasan tempat wuduk dan juga tandas akan dijana sepenuhnya melalui panel solar yang dipasang di atas bumbung bangunan. Tenaga elektrik yang dijana pada siang hari disimpan di dalam bateri dan digunakan pada waktu malam.

Iklan

"Ia sekali gus memberikan penjimatan dan pemeliharaan alam sekitar melalui penghasilan tenaga dari sumber tenaga boleh diperbaharui. Selain itu, pasukan projek ini juga menaik taraf sistem pencahayaan di dalam masjid supaya memberi lebih keselesaan kepada jemaah masjid," katanya

Sementara itu, ketua projek, Dr Baharuddin Ismail yang juga Pengurus di Centre of Excellence for Renewable Energy (CERE), pihak UniMAP juga memasang papan informasi mengenai sistem solar yang dipasang supaya masyarakat setempat dapat memahami operasi sistem solar berkenaan.

"Ini membuktikan kita bukan sahaja menyumbangkan teknologi tetapi turut melakukan perpindahan ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat," katanya

Perasmian sistem solar berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP pada Ex Perbah 2019 yang berlangsung mulai 19 Mei hingga hari ini.