Hayati mesej terkandung dalam al-Quran

Iklan
Mohamed Azmin Ali - FOTO ZAHID IZZANI

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam perutusan Nuzul al-Quran menyeru kepada masyarakat supaya mendalami mesej yang terkandung dalam kitab suci itu.

Katanya, terdapat banyak mesej di dalam kitab suci yang menyeru agar kita semua memperlakukan amalan kebaikan di dunia ini.

Iklan
Iklan

"Dalam dunia yang diancam oleh militanisme dan aksi keganasan manusia memerlukan nilai-nilai sejagat yang memupuk semangat kesederhanaan, keadilan dan sifat ihsan.

"Anjuran kepada keadilan dan ihsan serta semangat kasih sayang jelas terkandung di dalam al-Quran. Maka, sempena sambutan Nuzul al-Quran, marilah kita merenung mesej yang terkandung dalam kitab suci tersebut dan mari kita berusaha untuk mengamalkannya," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Iklan

Tambahnya, kita sesama insan perlu mengelak daripada melakukan perbuatan keganasan dan militan.

"Militan keganasan ini berakar dari kebencian kepada golongan lain. Kebencian tidak boleh dilawan dengan kebencian, sebaliknya kebencian perlu diubati dengan semangat kasih sayang dan rasa persaudaraan," katanya.

Iklan

Malam Nuzul al-Quran adalah malam ke-17 Ramadan apabila ALLH menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Surah al-Quran pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW adalah Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5.