Aplikasi cALLme Cab beri sinar baharu kepada pemandu teksi

Iklan
Kon Yeow menunjukkan apliaksi cALLme Cab ketika berada dalam teksi sebagai gimik pelancaran aplikasi tersebut tadi.

GEORGETOWN - Perkhidmatan e-panggilan, cALLme Cab diibaratkan memberi sinar baharu kepada pemandu teksi di negeri ini selepas mengalami penurunan pendapatan sehingga 80 peratus.

Pemandu teksi, P Kanisen berkata, dengan adanya persaingan seperti perkhidmatan Grab, pendapatan seluruh pemandu teksi di negeri terjejas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelanggan bukannya benci terhadap teksi namun tidak gemar cara lama yang digunakan iaitu sistem meter yang menawarkan harga lebih mahal dan tidak telus.

"Pemandu teksi termasuk saya di Pulau Pinang sudah lama sengsara. Pendapatan kami merosot sehingga 80 peratus dek kerana adanya Grab, namun dengan adanya cALLme Cab ini iaitu perkhidmatan yang lebih kurang sama dengan Grab, saya yakin pelanggan akan kembali kepada perkhidmatan teksi.

Iklan

"Saya berharap, dengan adanya perkhidmatan dalam talian ini, pendapatan kami akan pulih semula. Terima kasih kepada pihak terlibat termasuk Kerajaan Pulau Pinang kerana menyokong perkhidmatan ini bagi memastikan nasib pemandu teksi terbela," katanya ketika ditemui di Komtar di sini hari ini.

Kon Yeow menunjukkan apliaksi cALLme Cab ketika berada dalam teksi sebagai gimik pelancaran aplikasi tersebut tadi.

Sementara itu, Setiausaha Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Pulau Pinang, Nor Fadil Ali berkata, dengan adanya aplikasi cALLme Cab, pemandu teksi tidak perlu lagi menunggu pelanggan lebih lama.

Iklan

"Semestinya aplikasi ini akan membela nasib pemandu teksi yang tertekan selama ini kerana kurangnya pelanggan. Kami tidak perlu lagi tunggu dua tiga jam lagi hanya untuk mendapat seorang pelanggan. Aplikasi ini akan memudahkan pemandu teksi dan juga pelanggan.

"Pelanggan pada masa ini sudah tidak mahu lagi sistem meter atau tawar-menawar kerana merasa pemandu teksi mengambil kesempatan. Dari segi persaingan, memang ada tetapi kami yakin dengan promosi yang dijalankan, cALLme Cab akan lebih dikenali nanti," katanya.

Terdahulu, pelancaran aplikasi cALLme Cab diadakan di pekarangan Komtar yang disempurnakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Kon Yeow berkata, sehingga kini seramai 500 daripada 2,000 pemandu teksi di Pulau Pinang berdaftar dengan aplikasi tersebut yang dibangunkan sepenuhnya Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Koperasi) untuk membangunkan industri teksi.

Nor Fadil menunjukkan aplikasi cALLme Cab yang digunakan oleh 500 pemandu teksi di negeri ini.

"Walaupun perkhidmatan ini lebih kurang sama dengan Grab, tetapi ia tetap mempunyai kelebihan kerana teksi yang digunakan disahkan selamat, menjalani pemeriksaan berkala dan mempunyai lesen perkhidmatan yang sah.

"Selain itu, ia juga menawarkan tambang yang lebih telus. Walaupun ada kesesakan lalu lintas, tambang cALLme Cab tetap sama seperti yang tertera di aplikasi. Tiada bayaran tambahan. Saya harap akan lebih ramai lagi pemandu teksi mendaftar untuk menggunakan aplikasi cALLme Cab ini," katanya.

Sehingga kini, cALLme Cab dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kini ia dikembangkan di Pulau Pinang.

Aplikasi itu akan diperkenalkan di Kedah iaitu Sungai Petani dan Langkawi dalam masa terdekat ini.