Jho Low dibawa balik dalam masa terdekat

Iklan

RANTAU PANJANG - Polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terlibat dengan isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut mengenai petunjuk tersebut.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH kita akan bawa balik Jho Low tidak lama lagi dan semua orang tertunggu-tunggu kerana dia adalah petualang (Jho Low) yang telah melakukan 'rompakan' sehingga negara terhutang dengan begitu wang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan singkat ke Kelantan hari ini selepas meluangkan masa melakukan tinjauan di sempadan Malaysia - Thailand.

Iklan

Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, Komander Briged Tenggara PGA; Senior Asisten Komisioner Khaled Che Lah, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah dan Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Kuala Terengganu Superintendan Ramly Poncho.

Abdul Hamid (kiri) meluangkan masa melakukan tinjauan di sempadan Malaysia -Thailand.

Menurutnya, perkara tersebut amat menyedihkan dan nyawa Jho Low kini semakin hari semakin pendek dengan penemuan petunjuk baharu itu.

Iklan

"Bukti demi bukti didedahkan di mahkamah, dia dengan sombongnya mengeluarkan kenyataan pengecut dari Hong Kong dan Macau menerusi peguamnya untuk mempersenda-sendakan tindakan kerajaan ke atas 1MDB.

"Itulah saya katakan jenayah ini tidak berbaloi dan dia tidak akan selamat dengan apa yang dilakukan. Bagi saya dia seorang pengecut dan sepatutnya disumbat ke dalam penjara dengan segala penipuan yang dilakukan itu," katanya.