Tadika JAIM dapat permintaan

Iklan
Sebahagian murid SRA JAIM yang menjayakan majlis Khatam Quran Perdana di Masjid Cina, Krubong, di sini hari ini.

MELAKA TENGAH - Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terus menjadi pilihan ibu bapa di negeri ini untuk menghantar anak mereka berusia lima dan enam tahun mendapatkan pendidikan awal.

Pengarahnya, Md. Azhan Samat berkata, disebabkan permintaan yang tinggi ada beberapa permohonan terpaksa ditolak pada awal tahun ini namun jumlahnya kecil dan pihaknya mahu mementingkan kualiti daripada kuantiti.

Iklan
Iklan

Menurutnya walaupun terdapat tadika JAIM yang masih menyewa kerana tidak memiliki bangunan sendiri namun hal itu tidak mengurangkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak ke Tadika JAIM lebih-lebih lagi ia mengguna pakai kurikulum standard selain memberi fokus pendidikan agama serta bayaran yuran bulanan berpatutan RM35.

Md Azhan

"Ketika ini tumpuan akan diberikan terhadap menambah baik kualiti perkhidmatan pendidikan murid dan belum ada perancangan untuk membuka tadika baharu.

Iklan

"Kita akan melihat permintaan masyarakat sebelum membuat keputusan menambah atau membesarkan bangunan sedia ada," katanya selepas majlis Khatam Quran Perdana Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM yang disempurnakan oleh Speaker DUN, Datuk Omar Jaafar di Masjid Cina, Krubong, di sini hari ini.

Tambahnya, jika bilangan kanak-kanak itu berlebihan dan berlaku penambahan drastik, JAIM akan melihat alternatif untuk membesar bangunan sedia ada atau mencari bangunan lain kerana setakat ini standard kuota seorang guru kepada 10 murid.

Iklan
800 murid SRA JAIM yang menyertai majlis itu di Masjid Cina Krubong, hari ini.

"Masih terdapat beberapa sekolah yang terpaksa melanggarnya, namun ia masih berada dalam kawalan kerana kita mengejar kualiti dan bukan kuantiti, malah pengisiannya kita akan perbaiki termasuk standard kuota guru," katanya.

Pada majlis itu seramai 800 pelajar SRA JAIM menjayakan majlis mengkhatamkan al-Quran beramai-ramai sempena Nuzul al-Quran.