Isu tanah Taman Kim Teng, penduduk fail semakan kehakiman

Iklan
Penduduk Taman Kim Teng harap kerajaan PH dapat membantu mereka.

JOHOR BAHRU - Berkenaan isu pengambilan tanah di Taman Kim Teng, penduduk perumahan tertua di bandaraya ini akhirnya membawa isu tersebut ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Peguam yang mewakili penduduk taman itu, Derekfernandez memaklumkan beliau bersama Datuk S Ambiga telah memfailkan isu tersebut ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 26 April lepas untuk semakan kehakiman.

Iklan
Iklan

"Mahkamah kemudiannya menetapkan hari ini untuk pengurusan kes yang mana kita mencabar keputusan kerajaan Johor untuk mengeluarkan notis hasrat untuk mengambil tanah dan rumah di situ untuk kegunaan komersial kepada pihak ketiga, namun kes ini kemudiannya ditangguh 13 Jun depan.

"Kita juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meminta isu ini disiasat dan minta Kementerian Sumber Asli untuk menyiasatnya juga," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Iklan

Sinar Harian difahamkan urusan pengambilan tanah di situ berjaya ditangguhkan pada 2015, bagaimanapun sekali lagi pada 31 Januari lepas mereka menerima notis yang mana pembangunan mahu dilaksanakan oleh sebuah syarikat swasta tempatan dari bandaraya ini sama sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk taman tersebut, Daniel Lokman Hakim berkata, pihaknya telah bertindak segera sebaik menerima notis tersebut termasuk menghantar surat kepada ADUN dan Ahli Parlimen Johor dan beberapa pihak di Putrajaya selain mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasanya.

Iklan

"Ia bagi merayu bantuan dan belas kasihan supaya legasi tanah Taman Kim Teng tidak akan diambil alih oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Penduduk juga telah membelanjakan sejumlah wang untuk membayar kos guaman bagi melawan kes ini kerana kami begitu komited mempertahankan hak kami," katanya.

Berikutan itu, beliau berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat membantu mereka.