MB Terengganu zahir sembah takziah

Iklan
AHMAD SAMSURI

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan sembah takziah atas kemangkatan kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

"Patik merafak sembah takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Iklan
Iklan

"Semoga roh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan dicucuri rahmat ALLAH SWT, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh,” katanya menerusi catatan di laman sosial rasmi facebooknya.

Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, jam 8.50 pagi tadi.

Iklan

Khabar dukacita itu disahkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan media.

Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi tadi.

Iklan

Khabar dukacita itu disahkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

"Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.