Cubaan lolos dari polis makan diri

Iklan

KUANTAN - Keseronokan lima remaja menyaksikan lumba haram berakhir dengan tragedi selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh pagar sebuah rumah di Rantau Perintis, Bandar Jengka di Maran, dekat sini, tengah malam tadi, semasa mereka cuba melarikan diri daripada kereta peronda polis.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata, kejadian pada kira-kira jam 12.30 tengah malam itu mengakibatkan lima remaja berumur antara 16 dan 19 tahun mengalami kecederaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kelima-lima mereka dipercayai sedang menonton lumba haram di jalan besar berhadapan Gua Kota Gelanggi Jerantut-Maran, sebelum menyedari kehadiran kereta peronda di kawasan berkenaan, yang menyebabkan mereka cuba melarikan diri.

"Mereka dipercayai melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Saga yang dipandu seorang suspek berusia 18 tahun, yang tidak mempunyai lesen memandu," katanya kepada pemberita menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Iklan

Katanya pemandu dan penumpang hadapan kereta yang cedera akibat kemalangan itu dihantar ke Hospital Jengka untuk rawatan manakala suspek lain hanya mengalami cedera ringan.

Norzamri berkata polis mengeluarkan saman terhadap pemandu kereta di samping merakam percakapan semua suspek sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, dan menurutnya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Iklan