KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih apabila semua pusat pemindahan di Setiu dan Kuala Nerus ditutup pagi ini.
Semua mangsa dua daerah itu pulang ke rumah masing-masing berikutan cuaca baik dan pusat pemindahan di Setiu secara rasmi ditutup pada jam 8.15 pagi manakala Kuala Nerus pada jam 10 pagi.
Iklan
Iklan
Sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 853 mangsa dari daerah Kuala Terengganu dan Marang masih di tempatkan di lapan pusat pemindahan.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt.Kol. (PA) Che Adam A. Rahman berkata, Marang masih mencatatkan mangsa paling ramai iaitu seramai 552 orang dan semua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan.
"Bagi daerah Kuala Terengganu pula, seramai 301 mangsa dari 77 keluarga masih berada di empat pusat pemindahan," katanya hari ini.