PUTRAJAYA –"Perdebatan dan pertikaian mengenai isu kemasukan pelajar ke matrikulasi boleh menjejaskan tumpuan warga pendidik sebagai penjawat awam untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan", kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin.
Katanya pertikaian yang berterusan melibatkan pelbagai pihak selepas sahaja keputusan Jemaah Menteri dibuat berkaitan dengan kuota 90:10 kemasukan pelajar (Bumiputera/bukan Bumiputera) ke matrikulasi sehingga melampaui batas adab dan kesopanan adalah tidak sesuai dalam dunia pendidikan.