Rakyat boleh menilai prestasi menteri, bukan individu: Azmin

Iklan
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada Majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Surau Jabal Nur Sri Gombak Hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Rakyat yang boleh menilai prestasi seorang menteri, menteri besar atau exco dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, bukan individu tertentu, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini turut menyatakan tidak berhasrat untuk merombak Kabinet yang walaupun sebahagian besarnya adalah muka baharu, namun tetap komited menjalankan tugas dengan baik dalam tempoh singkat.

Iklan
Iklan

"Jadi beri mereka peluang untuk laksakanan tugas. Yang penting pasukan hari ini pasukan muda yang bertenaga, yang berintegriti dan bersedia bekerja kuat membina semula Malaysia dan ekonomi kita.

"Soal diterima rakyat atau tidak, itu kita serah kepada rakyat tapi saya yakin rakyat telah melihat kesan positif setelah setahun kita diberikan amanah,” katanya selepas majlis Iftar Perdana dan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada penduduk Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Mohamed Azmin mengulas kenyataan Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin dalam blognya yang menyatakan bahawa menteri, menteri besar dan exco yang kurang menyerlah wajar meletak jawatan secara sukarela.- Bernama