Kementerian Kesihatan diminta fokus kepada insurans kesihatan mental

Iklan
Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial dan penaung Persatuan Psikiatri Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye menggesa Kementerian Kesihatan memberi fokus kepada lebih ramai pengamal perubatan dan mencadangkan agar liputan insurans disediakan bagi rawatan dan penjagaan kesihatan mental.

"Selepas mendengar tuntutan daripada pihak awam berhubung isu berkenaan, saya menggesa kementerian bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans untuk menyediakan kemudahan insurans kepada pesakit kesihatan mental.

Iklan
Iklan

'’Liputan seumpama itu disediakan di Singapura bagi lima jenis penyakit mental termasuk tekanan jiwa. Inisiatif ini adalah penting kerana ia melibatkan kos dan rawatan (besar),” katanya kepada Bernama di sini.

Lee berkata badan-badan bukan kerajaan (NGO) perlu memikul tanggungjawab penuh demi mewujudkan kesedaran tentang kesihatan mental dan pentingnya liputan insurans.

Iklan

Oleh itu mereka perlu mengemukakan memorandum kepada kerajaan dan persatuan insurans berhubung perkara itu.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia agak ketinggalan dalam menangani isu kesihatan mental oleh kerana kurangnya sumber dalam bidang ini terutama dari segi kemudahan dan pengamal perubatan.

Iklan

"Dari segi sumber, banyak yang perlu dilakukan. Kita tidak mempunyai pusat dan klinik psikiatri yang mencukupi. Selain kurangnya bilangan pakar psikologi untuk merawat pesakit kesihatan mental,” kata beliau.

Beliau berkata ini boleh mendatangkam impak yang besar oleh kerana rakyat Malaysia yang mengalami pelbagai penyakit mental tidak tahu di mana dan bagaimana hendak mendapatkan bantuan.

Menurut Tinjauan Mobiliti Kesihatan Kebangsaan pada 2015, kira-kira 29.2 peratus daripada 4.2 juta penduduk Malaysia yang berusia 16 tahun dan ke atas mengalami pelbagai penyakit mental.

Lee berkata kebanyakan pelajar menderita penyakit ini, dan menyebut budaya berorientasikan peperiksaan sebagai salah satu sebab.

Namun, beliau memuji Kementerian Kesihatan yang mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi mempertingkat tahap kesihatan mental golongan pelajar menerusi program penilaian seperti Penilaian Kesihatan Mental. - Bernama