Empat lelaki terlibat dadah ditahan

Iklan

PORT DICKSON - Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia dan dua tukang masak warganegara Thailand dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, tangkapan tersebut dilakukan semasa operasi Ops Sarang disekitar daerah ini.

Iklan
Iklan

Katanya, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah Taman Grenview Pasir Panjang dan menemui 15 gram dadah jenis heroin.

"Semasa serbuan dilakukan terdapat seorang lelaki dalam rumah tersebut dan hasil pemeriksaan kami menjumpai satu paket plastik lutsinar yang di dalamnya berisi bahan ketulan kelabu disyaki heroin.

Iklan

"Suspek ditahan bersama barang rampasan dan ujian air kencing mendapai suspek didapati positif dadah,"katanya.

Tambahnya, hasil maklumat suspek juga mempunyai 14 rekod lampau berkaitan dadah.

Iklan

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39 B ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Dalam operasi berasingan, polis menahan seorang lelaki warganegara Indonesia dan dua warganegara Thailand dipercayai terlibat dengan aktiviti sama sebuah premis di Jalan Pantai Port Dickson, kira-kira jam 7 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya menemui satu beg warna hitam jenama"Reel Legends" dan di dalamnya mengandungi 17 paket plastik lutsinar kecil berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 5.68 gram.

Kesemua suspek ditahan bersama barang rampasan dan dibawa balik ke Pejabat Narkotik IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut.

Hasil pemeriksaan air kencing kesemua suspek berusia antara 34 hingga 24 tahun itu didapati positif dadah.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39 A (1)(a) ADB 1952 & Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.