Buat kerja baik-baik, itu pesanan Almarhum pada saya: Fuziah

Iklan
Fuziah Salleh

KUANTAN -"Buat kerja baik-baik, jadi wakil rakyat yang baik walaupun daripada parti pembangkang,” demikian pesanan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Fuziah Salleh berkata, pesanan itu begitu terkesan di hatinya.

Iklan
Iklan

"Secara peribadi Almarhum mengenali bapa saudara saya, Mohd Noor Suli yang merupakan pemain Bola Sepak Pahang dan jurulatih pasukan Tok Gajah.

"Saya membesar bersama ayah saudara, jadi pernah Almarhum mengusik dan beri pesanan itu kepada saya. Saya akan ingat sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.

Iklan

Fuziah hadiri sebagai memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah di Balairung Istana itu.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, Almarhum adalah seorang raja yang amat penyayang dan sentiasa turun ziarah di seluruh pelosok negeri.

Iklan

"Bila berlaku bencana, Almarhum antara yang terawal sampai di tempat kejadian.

"Ini akan meninggalkan kesan di dalam hati dan sanubari seluruh rakyat pada hari ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ahmad Shah mangkat

Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi semalam.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan, selepas Zohor hari ini.

Baginda merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.