Dr Yen Yen terkenang Almarhum melawat Hospital Mentakab

Iklan
Dr Ng Yen Yen

PEKAN - Bekas Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Dr Ng Yen Yen menyifatkan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah sebagai bapa bagi dirinya.

Ini kerana Almarhum banyak memberi nasihat dan semangat kepadanya sewaktu bertugas sebagai doktor di Hospital Mentakab, Temerloh pada ketika itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada ketika itu Almarhum dilantik menjadi Sultan Pahang pada 1974, sering melakukan lawatan di hospital itu.

"Almarhum amat dekat dengan saya... baginda selalu memberikan saya nasihat dan ini membuatkan saya menganggap dia sebagai bapa.

Iklan

"Baginda disenangi, baik tutur kata dan sentiasa mengambil berat tentang rakyat... jadi saya sayang Almarhum di atas prinsipnya ‘raja dan rakyat berpisah tiada,” katanya ketika ditemui di luar Balairung Seri Istana Abu Bakar, hari ini.

Dr Yen Yen mengakui merindui kenangan lama bersama Almarhum dan kehilangan baginda amat dirasai.

Iklan

Dalam pada itu, beliau merafak sembah takziah kepada duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan seluruh kerabat Diraja Pahang.

"Saya merasakan kehilangan seorang raja yang sukar cari ganti kerana telah banyak memberikan khidmat kepada negara sepanjang tempoh pemerintahan baginda menaungi negeri Pahang,” katanya.