Tingkat 25 Menara U1 terbakar

Iklan
Bahagian ruang bilik yang terbakar keseluruhan.

SHAH ALAM - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam berjaya mengawal kebakaran daripada merebak di sebuah unit di tingkat 25 Menara U1 Seksyen 13, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.26 malam itu, bahagian bilik tidur unit yang berkeluasan 120 kaki persegi musnah keseluruhan.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, anggota bomba mengambil masa lebih satu jam memadamkan kebakaran rumah yang didiami pasangan suami isteri itu.

"Api berjaya dikawal 11.37 malam dan dipadamkan sepenuhnya jam 1.08 pagi menggunakan hos pili bomba dengan bantuan sistem pemasangan keselamatan kebakaran di bangunan.

Iklan

"Insiden bagaimanapun tidak melibatkan mangsa apabila penghuninya berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari kejadian," katanya.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Iklan