TELUK INTAN - Seorang wanita yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pinji, Ipoh, Isnin lalu ditemukan terapung di Sungai Perak berhampiran jeti Kampung Bahagia di sini hari ini.
Mayat V shalini, 24, itu ditemukan terapung oleh orang awam pada jam 6 pagi tadi, kira-kira 78 kilometer dari lokasi dia dipercayai jatuh.