KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa digesa segera membawa pihak yang menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ke muka pengadilan.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan, Muhammad Adib telah terkorban semasa bertugas demi negara hasil perbuatan kumpulan 'pengganas'.
"Pihak berkuasa hendaklah segera membawa kumpulan pengganas tersebut ke pengadilan dan menerima hukuman yang wajar. Harga nyawa tidak boleh dipandang ringan.
"Jika pembunuh beliau tidak diheret ke muka pengadilan, maka tiada apa lagi yang puak pengganas dan pelampau itu akan akur terhadap undang-undang dalam negara ini,” katanya di laman Facebooknya hari ini.
Menurut beliau, pembunuh mesti dihukum bunuh melainkan jika keluarga mangsa memaafkan.
"Jika tidak, rosaklah keseimbangan keadilan dalam hidup ini,” katanya.
Mohd Asri turut memetik firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah ayat 179 yang bermaksud:"Dan bagi kamu hukuman qisas (bunuh balas itu) kehidupan wahai golongan Ulul Albab, mudah-mudahan kamu bertakwa".