Pasangan suami isteri didakwa bunuh anak angkat

Iklan
Gambar hiasan

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh anak angkatnya berusia 11 tahun, awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada warga Myanmar, Abdul Hussein Abdul Jalil dan isterinya, Bibi Ayisha Papathy Abdullah.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa membunuh mangsa di sebuah rumah di Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong, di sini jam 6.50 petang, pada 6 Mei lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan

Jika sabit kesalahan, mereka boleh digantung sehingga mati.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Iklan